sekadar berkongsi dan diharapkan agar dapat dijadikan pengajaran dan disampaikan,iA
bismillahirrahmannirrahim
Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, bahawa sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah SWT akan mengurniakan 5 keistimewaan:
1) akan diangkat kesempitan hidup di dunia drpdnya
2) akan dihindarkan daripada azab kubur
3) akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan
4) akan melintas titian sirat sepantas kilat
5) akan memasuki syurga tanpa hisab.
Sesiapa yang meringankan solat, Allah SWT akan menyeksanya dgn 15 seksaan.
5 seksaan di dunia,
3 ketika meninggal dunia,
3 seksaan di dalam kubur
3 seksaan semasa di bangkitkan dari kubur.
Seksaan semasa di dunia adalah:
1) dicabut keberkatan umurnya
2)dihapuskan tanda2 orang soleh pada wajahnya
3) Allah tidak menganjari setiap amalan yg dilakukan nya
4)doanya tidak akan diangkat ke langit(doanya tidak diterima)
5) tidak akan mendapat bahagian dlm doa orang soleh.
Seksa yang menimpanya ketika mati:
1) dia akan mati dalam keadaan hina
2)dia akan mati dalam keadaan lapar
3) dia akan mati dlm keadaan dahaga, sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun TIDAK akan dapat menghilangkan hausnya
Seksaan yang akan menimpanya ketika dalam kubur:
1)kubur akan menghimpitnya sehingga tulang2 rusuk berceragah antara satu sama lain
2)api akan dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akn dibalik2 kan atas bara api SIANG dan MALAM.
3) seekor ular yang bernama "Ashsyuja'ul-Aqra" akan dilepaskan ke atasnya. Kedua-dua mata ualr itu dibuat daripada API dan kuku ular itu dibuat daripada besi. panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dgn suara gemuruh seumpama petir,
"Aku 'Ashsyuja'ul-Aqra'. Aku diperintahkan oleh tuhanku supaya memukul kamu kerana
kamu meninggalkan solat subuh sehingga naik matahari kerana meninggalkan solat zohor sehingga asar kerana meninggalkan solat asar hingga ke maghrib kerana meninggalkan solat maghrib hingga ke isyak kerana meninggalkan solat maghrib hingga subuh"
Setiap kali ular itu memukulnya dia akan terbenam ke dalam bumi sedalam 70 hasta.
Dia akan diazab berterusan dalam kubur sehingga hari kiamat.
Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat
di padang mahsyar ialah:
1) penghisabannya amat berat
2)dia dimurkai Allah SWT
3) dia akan dimasukkan ke dalam neraka
(dalam hadith ini hanya disebut 14 sekssan, tidak mencukupi bilangan 15.barangkali perawi lupa)
Dalam satu riwayat yang lain disebutkan bahawa mereka yang melalaikan solat, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan pada muka mereka tertulis 3 barisan.
barisan pertama : wahai orang yang mensia-siakan hak Allah
barisan kedua : wahai org yg pasti mendapat kemurkaan Allah
barisan ketiga :sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah SWT, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah SWT.
(dari buku FADHILAT SOLAT by Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya)
*
takutkan? can u imagine if kuku ular tu je da sejauh sehari perjalanan, imagine betapa besar nya ular tu. ular kecik kat dunia pun takut, ni kan pulak Ashsyuja'ul-Aqra.

sanggupkah kita lalui semua seksaan itu??
ya Allah, ampunkan kami ya Allah, kami hambaMu yang sering lemah dan lalai. Ya Allah, jadikan kami dalam golongan org2 soleh, kuatkan hati kami, dan selamatkan kami daripada seksaan kubur & akhirat.
No comments:
Post a Comment