Monday, March 7, 2011

Hatiku tersentuh

Salam.

Semalam kami ada perbincangan tentang tanggungjawab manusia sbg hamba Allah di muka bumi ni. Dan aku bersyukur Allah tetapkan yg aku ada di sana utk mendengar diskusi itu kerana ia seolah2 wake up call utk aku. It was a knock on my heart. It reminded me again of why Im here today: beribadah kpd Allah & menjadi khalifah Allah di muka bumi ni.
Besar tggjwb tu jika seseorg itu faham. Sbb masakan gunung2 pun xsanggup nak ambil tggjwb sampaikan hancur lebur. Haihhh.

For these few months aku rasa maybe aku da jauh,aku lupa tggjwb itu. Aku biar iman aku jatuh dan terus jatuh. Aku terus hanyut dlm dunia.
Dan aku makin lalai dari mengingatiNya.;'(

Ada akak tu ckp smlm, "dont blame the darkness, why dont you be the one who lights up the candle. "

Rasa kena tampar , sbb da tahu rasa x tenang n kosong tapi terus je duduk dlm gelap ! Bukannya nak berusaha g carik jalan keluar ,carik jalan yg bwk jiwa lebih dekat kpd Allah..

Now baru teringat walid pesan aritu..nak tingkatkan iman tu kena ada 2 benda : mahu dan mencari! If mahu je tp x mencari tak pegi mana.cthnya Mcm rasa nak menang num 1 dlm marathon, tapi asyik sebut je 'nak menang nak menang!' kat garisan permulaan tapi pastu larinya tak nak! Mana la nak menang! Sampai tahun depan tak sampai garisan penamat. tak ke 'pandai' sgt tu.

So kena mencari..carik jalan kebenaran yg bawa ketenangan hati tu. Tingkatkan amalan sunat, baca pasal islam, g majlis ilmu.Mmg la awal2 rasa liat n mungkin rasa mcm ' eh mcm terpaksa je buat ni, mcm tak ikhlas'..kkdg kita selalu rasa mcm tu and duk fikir ' ish if x ikhlas baik takyah buat!' tapi ingatlahhhh yg bila kita paksa diri kita buat kebaikan, walaupun kita tak mahu or rasa berat ke, itulah mujahadah. Itu satu perjuangan. Satu jihad utk diri kita. Mula2 susah tp kita kena try buat n selalu ingatkan hati ia semata2 utk Allah. Tempiskan gangguan dan bisikan2 syaitan itu dan bayangkanlah syurga yg menantimu!

" dan org2 yg berjihad ( mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan2 Kami. Dan sungguh, Allah beserta org2 yg berbuat baik" (30:69)

Aku tersentuh jgak smlm bila tadabur ayat al baqarah 140- 145 dgn mereka bila ada rakanku menangis sbb dia kata Dia rasa Allah sgt penyayang bila baca ayat 143.

' ...Dan Allah tidak akan menyia-yiakan imanmu.'

Rasa hiba bila dia sebut yg dia rasa Allah bg reassurance kat manusia dgn ayat ni yg bila kita bermujahadah bersungguh2 nak buat sesuatu yang Allah suruh dan ketepikan benda2 tak elok yg kita suka, Allah faham dan Allah says jgn risau, Allah tidak sia2 kan iman mu itu.
Subhanallah..rasa sgt tersentuh. Knp la aku baca Quran tapi xnampak deep meaning mcm ni?! Sedih ;'(

Semalam aku diingatkan ttg banyak benda, dan skrg dgn keadaan Islam yg sgt jatuh skrg ni, kena fikir, mcm mana nak bangkitkan Islam kembali mcm zaman Abbasiyah yg mana org seluruh dunia carik kita sbg source of reference mereka. Org dtg belajar bahasa arab semata2 nak blaja ilmu dari ilmuwan islam. Now apa jadi?? Orientalis barat plak lgsg tak sebut pun psl ilmuwan2 islam yg banyak menyumbang kpd dunia ilmu. Mana ibnu sina, khawarizmi, al biruni dan al farabi? Takdeeeeee dlm sejarah, yg dorg banggakan marie curie, thomas edison, aristotle tah sapa2 lagi. Tidak, aku bukan tak akui kehebatan2 ilmuwan bukan muslim ini tetapi sekadar mahu bertanya mana ilmuwan islam di peta education dunia. Rasanya mereka perlu pengiktirafan yg lebih tinggi dari itu.

Mari kawan2 ku, mengeluh takkan bwk kita ke mana2, xkan buat zmn abbasiyah terbina kembali. Kita kena berusaha baiki diri kita, create individu muslim yg sejati and selalu saling ingat mengingati.

Dan aku manusia biasa, aku sgt cepat lupa jadi tolong, tolong ingatkan aku bila aku lupa dan guide me if i go astray.doakan lah Allah bg kita sama2 kekuatan utk tetap atas jalanNya.

So for now. Mari kita luangkan lebih byk masa utk mengenali Allah dan rasulNya. Teringat pesan auntieida, a good close family friend, dia bgtau , 'jika kita luangkan masa utk Allah, Allah akan sentiasa akan masa utk kita'.jgn kedekut dgn masa tu. Luangkan la masa beribadah kpdnya.

Doakan Allah bg hidayah berterusan kat aku pls.

Yang inginkan mendekatiNya
AinN

2 comments:

Anonymous said...

:)
thanks ain

Azfar said...

awesome post Ain! Agak terase lah mase bace tadi, about feeling berat and takde usaha nak mengenali Islam.

im glad you've put it into words so I can constantly come back to this.

Thanks